Penulis Buku Faham Faraidh


Nama penuh Hilmi Haniz bin Muhammad. Berasal dari Negeri Sembilan. Anak sulong daripada 7 orang adik beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Menetap di Seksyen U5 Shah Alam, Selangor.

Didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh).

Seterusnya ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran. Di Mesir juga ustaz berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku pertama  tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh.

Kemudian ustaz menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya.

Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School.

Setelah berhenti mengajar, ustaz menubuhkan Akademi Alif iaitu pusat pendidikan Al Quran, Fardhu Ain dan Faraidh di Kota Damansara.

Pernah mengadakan beberapa Bengkel Faham Faraidh kepada umum di akademi dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Selangor Bar, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Ejen Terkini ( 5 Dis 2019 )

Bengkel Online Pengiraan Faham Faraidh 2020

Alhamdulillah, telah terbit