Penulis Buku Faham Faraidh
Nama penuh Hilmi Haniz bin Muhammad . Berasal dari Negeri Sembilan. Anak sulong daripada 7 orang adik beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Menetap di Seksyen U5 Shah Alam, Selangor. Didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh). Seterusnya ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran. Di Mesir juga ustaz berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku pertama tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh. Kemudian ustaz menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya. Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan As...