Ulasan buku
Ulasan pembaca buku Faham Faraidh
1
Alhamdulillah, Selesai baca buku Faham Faraidh. Banyak yang saya belajar daripada buku ini. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menghasilkan buku yang amat baik dan bermanfaat ini.
Nama : Dr. Mohd Zamro Muda
Sm.P.I. (Kep.), S.P.I., Dok.Fal. (UKM)
Jawatan : Pensyarah Kanan, UKM
No. tel. : 03 8921 3274
Emel : zamro@ukm.edu.my
2
Buku Faham Faraid hasil tulisan Ust. Hilmi Haniz bin Muhammad dari Akademi Alif adalah antara buku buku faraid yang boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi sesiapa yang berminat mempelajari dan mendalami ilmu faraid. Susunan isi kandungan cukup teratur dan cara penyampaiannya mudah difahami. Pelajarilah faraid demi kesejahteraan keluarga.
Nama : Ustaz Haji Wan Abdul Halim bin W Harun
Jawatan : Perunding Pusaka, Penulis bukuNo telefon : 019-4494004
Website : www.caknapusaka.blogspot.com
email : perundingwhalim@gmail.com
3
" Secara asasnya buku Faham Faraidh yang ditulis oleh Tuan Hilmi ini sahabat saya. Pertama saya nak terangkan sedikit tentang latar belakang beliau. Tuan Hilmi saya tengok orang yang betul-betul nak memahamkan orang dengan ilmu faraidh. Saya sudah dua ke tiga kali dah datang ke bengkel beliau.
Saya lihat beliau seorang yang betul-betul hendak memahamkan orang. Iaitu Tuan Hilmi ini adalah orang yang hendak memahamkan kita dengan ilmu faraidh.
Dia hendak orang lain jadi macam dia faham faraidh. Itu satu benda keunikan yang ada pada Tuan HIlmi. Saya ini seorang trainer, kita nampak ada setengah yang kongsi ilmu nampak macam nak menjual, nak mempromosi produk dia tapi Tuan Hilmi adalah seorang yang memang nak mengajar ilmu Faraidh untuk orang faham dan kuasai, tidak lebih dari itu. Yang tahu betul-betul hati dia Allah-lah.
Beliau adalah orang yang nak memahamkan kita dengan faraidh. ilmu dia memang padat dan mantap dan buku beliau ini, Faham Faraidh saya tengok maklumatnya santai berbanding kebanyakan buku ilmu faraid lain, minta maaf.
Saya telah beli buku berkaitan harta pusaka semasa mula-mula saya tulis buku saya, ada ada 20 buah lebih kurang, tapi hanya satu buku yang ditulis seorang peguam habis saya baca. Buku lain pula yang ada satu muka surat dua muka surat sahaja saya baca. Memang nak rujuk tentang faraid ataupun harta pusaka sakit kepala sebab sebahagian penulis buku-buku ilmu harta pusaka bagi sesetengah maklumat itu macam nak jadi pensyarah / ulama. Habis dimuatkan dengan dalil itu dan ini sehingga jiwa ambil peperiksaan macam confirm dapat A.
Buku Tuan Hilmi ini kalau tuan-tuan baca memang saya galakkan. Kita boleh pergi ke mana-mana muka surat yang kita nak. Memang ada dalam buku itu bahagian berat, Yang berat sebab beratnya bukan apa, faraidh ini ada yang ringan dan ada yang berat. Memang saya sarankan beli. Setiap rumah bagus jika memiliki sekurang-kurangnya buku ini.
Dalam buku Harta Pusaka yang saya tulis, saya ada sebut kalau nak lengkap beli buku ustaz Hilmi. Saya memberi idea dan isu. JIka mahu fakta bahagian yang tepat dan lengkap, InsyaAllah ada dalam buku Faham Faraidh yang ditulis oleh ustaz Hilmi ini. Saya denga lafaz Bismillah, saya syorkan buku ini" Saya percaya beliau tulis dengan membawa hati yang Ikhlas.
Nama : Shamsuddin Kadir
Jawatan : Perunding Kewangan Rakyat, Penulis buku
No telefon : 010 500 1 500
Website : www.shamsuddinkadir.com
email : shamsuddinkadir@gmail.com
4
Buku Faham Faraidh adalah antara buku yang terbaik di pasaran.
Saya telah mengikuti Bengkel Asas Faham Faraidh dan telah memilki buku Faham Faraid. Saya mendapati buku ini sangat bagus dan saya recommend untuk dimiliki.
Teknik penerangan ilmu faraidnya mudah difaham kerana ia disusun secara sistematik dan jelas.
Penerangan lebih lanjut boleh dibaca pada blog beliau di sini www.rahamanrasid.com
Nama : Abd Rahaman Rasid
Jawatan : Perancang Harta As-Salihin Trustee
No telefon : 013-366 1242 (klik untuk WhatsApp)
Website : www.rahamanrasid.com