BENGKEL KIRA FARAIDH Dis 2026





Kuasai teknik pengiraan faraidh dengan kaedah yang mudah

<> 12 Disember 2026, Sabtu

<> 9.00 pagi – 5.00 petang

<> RM 85   RM 65 (daftar awal*) bersemuka

> RM 45   RM 25 (daftar awal*) online

<> PERCUMA - E- Jadual 99 | Slaid | Rakaman | Kupon

*Potongan RM20 sebelum 1 Dis 2026

✨PERHATIAN

   Bengkel ini hanya sesuai bagi peserta yang mempunyai kemahiran asas faraidh terutama bab Ahli Waris, Penghalangan (Hajb) dan Bahagian Waris (Fardhu dan 'Asobah)


✨PENGENALAN

   Penguasaan ilmu faraidh bukan terletak kepada kemahiran pemahaman semata-mata. Bahkan kemahiran melakukan pengiraan juga amat penting. 

   Sesuatu masalah pembahagian faraidh tidak akan selesai jika seseorang itu hanya mahir kefahaman sahaja tanpa pengiraan.

   Oleh itu, dalam memantapkan penguasaan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah pengiraan faraidh maka Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia dengan kerjasama Akademi Alif akan menganjurkan bengkel sehari berkenaan kemahiran tersebut.


✨ OBJEKTIF BENGKEL

<> Mempertingkat pengetahuan kaedah pengiraan bahagian ahli waris

<> Mengetahui cara yang mudah dalam pengiraan faraidh

<> Menajamkan kemahiran mengira melalui beberapa latihan

<> Menguasai kaedah-kaedah pengiraan tertentu berkaitan ilmu faraidh

<> Memahami cara mengelakkan daripada berlaku kesilapan dalam pengiraan faraidh


✨KANDUNGAN BENGKEL

<> Pecahan

<> Langkah-langkah Pengiraan

<> Melakar jadual

<> Asal Masalah

<> Ta'sil

<> Saham

<> Baki

<> Pengiraan Ahli Fardhu sahaja

<> Pengiraan Ahli 'Asobah sahaja

<> Pengiraan Ahli Fardhu dan 'Asobah

<> Tashih

<> Semak


✨ INFO PENCERAMAH

Ustaz Hilmi Haniz merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia adalah seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam.

Beliau mempunyai 4 tauliah mengajar iaitu daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Islam Sarawak (MIS)

Beliau juga merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh serta menghasilkan 3 poster faraidh.

Selain itu, beliau aktif memberi kuliah dan ceramah berkaitan ilmu Faraidh kepada umum di masjid dan surau sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan juga memenuhi jemputan daripada pihak luar seperti TV Al-Hijrah, Baitulmal Selangor, UiTM, UNISEL, UTM, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.


✨ DISEDIAKAN

Peserta bersemuka

<> Nota fizikal

<> Sijil penyertaan

<> Jamuan

<> Rakaman


Peserta Online

<> E Sijil Penyertaan

<> E Nota BKF

<> Rakaman bengkel


✨LOKASI BENGKEL (Bersemuka)

Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah,

Denai Alam, Shah Alam

https://maps.app.goo.gl/QXzLqog6cFw4DBxw7


✨PENDAFTARAN 

https://akademialif.onpay.my/order/form/13


✨PERTANYAAN

Jika anda ada pertanyaan sila hubungi melalui Whatsapp > https://wa.me/60187892252


www.fahamfaraidh.com


Faham Faraidh, Harta Berkat, Waris Selamat

PERTUBUHAN DU'AH FARAIDH MALAYSIA


Sila kongsikan kepada yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

 

#kursus #bengkel #seminar #kira #matematik #pengiraan #faham #faraid #faraidh #mawaris #akademialif

Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL LANJUTAN FARAIDH (Online) 30 NOV 2025

Kursus Faraidh (Asas dan Kira)

Kursus Asas Faraidh dan Pengiraan