BENGKEL MUNASAKHAT GUNA EXCEL SEPT 2024
Mempelajari dan mengaplikasikan kaedah penyelesaian kiraan Faraidh kes 20 kematian berlapis secara mudah dengan menggunakan formula tertentu dalam Microsoft Excel
⛅️ Tarikh : 29 September 2024, Ahad
⏰ Masa : 9 pagi - 5 petang
π Bersemuka : Akademi Alif, Petaling Jaya
πYuran : RM 190 seorang
π Online : Google Meet
πYuran : RM 150 seorang
✳️ PENGENALAN
Munasakhat ialah kematian ahli waris yang berlapis, iaitu perpindahan bahagian pusaka ahli waris kepada ahli warisnya yang lain kerana harta pusaka tidak sempat dibahagikan kepada ahli waris si mati yang pertama
Contohnya Zaid mati meninggalkan isteri dan dua anak lelaki. Sebelum sempat harta Zaid dibahagikan, isterinya mati meninggalkan dua anak lelaki tadi dan ibunya. Kemudian ibu si isteri pula meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Masalah munasakhat merupakan suatu perkara yang perlu diambil perhatian dengan teliti. Ini memerlukan siasatan ahli waris yang terperinci serta melibatkan pengiraan yang panjang dan rumit.
Kesilapan yang berlaku semasa pengiraan sama ada dalam penentuan ahli waris, bahagian mereka atau pun semasa pengiraan munasakhat dilakukan mengakibatkan pembahagian kepada ahli waris menjadi tidak tepat.
✳️ MASALAH
Antara masalah yang berlaku semasa pengiraan ialah faktor masa. Ya, memang betul, untuk menyelesaikan kes munasakhat perlu mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kematian berlapis yang melibatkan bilangan ahli waris yang sangat ramai.
Selain daripada itu, cara pengiraan yang biasa juga amat merumitkan. Pengiraan secara manual iaitu ditulis di atas kertas memerlukan saiz kertas yang besar. Kebiasaannya kertas bersaiz A4 akan dicamtumkan satu persatu.
Jika ada kesalahan atau penambahan yang perlu dilakukan, amat sukar untuk membuat pembetulan atau penambahan tersebut. Mungkin terpaksa menggunakan kertas yang baru.
Oleh itu, dalam merungkai masalah ini, Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia dan Akademi Alif akan mengadakan satu Bengkel Munasakhat Guna Excel iaitu bengkel menyelesaikan munasakhat secara mudah dan cepat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.
Dalam bengkel ini peserta akan mempelajari dan mempraktikkan cara mengira masalah munasakhat dengan bantuan formula di dalam Microsoft Excel.
✳️KEISTIMEWAAN BENGKEL INI
Dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel, pengiraan Munasakhat menjadi mudah dan cepat kerana :
π Jadual telah tersedia, cuma perlu masukkan data sahaja.
π Pengiraan secara langsung dengan formula yang tersedia, tidak memerlukan kalkulator.
π Penggunaan formula yang mudah, tidak perlu kira satu persatu.
π Pengiraan yang banyak lapisan dapat dilakukan, tidak memerlukan kertas yang banyak
π Data yang tersalah atau tercicir boleh dibetulkan semula tanpa menjejaskan data yang sedia ada.
✳️ SIAPA PERLU HADIR?
Mereka yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka seperti perunding pusaka, peguam dan para asatizah faraidh.
✳️ LOKASI BENGKEL BERSEMUKA
Akademi Alif
No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Landmark : Uptown KD, Kedai Ustaz, Restoran Nasi Ahmad
✳️ TENTATIF BENGKEL
08.45 pagi
Kehadiran peserta
09.00 pagi
Pengenalan Masalah Munasakhat
Pengenalan Jadual Microsoft Excel
09.00 pagi
Cara manual penyelesaian kes munasakhat
Cara formula penyelesaian kes munasakhat
09.30 pagi
Praktikal Munasakhat 20 lapis Sesi 1
10.30 pagi
Praktikal Munasakhat 20 lapis Sesi 2
12.30 petang
Makan tengah hari (bersemuka)| Solat Zohor
02.00 petang
Praktikal Munasakhat 20 lapis Sesi 3
04.45 - 05.00 petang
Penutup | Penyampaian sijil | Sesi bergambar
✳️ DISEDIAKAN
Bersemuka
π Buku nota
π½ Jamuan makan
π Sijil penyertaan
π₯ Rakaman
Online
π E-Nota
π₯ Rakaman
π E-Sijil penyertaan
✳️ PERHATIAN !
! Bengkel ini khas bagi peserta yang mempunyai kemahiran pengiraan faraidh sahaja
! Sila bawa/guna laptop/tablet/ipad sendiri bagi peserta bersemuka.
✳️ PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN
Sila daftar melalui borang pada pautan di bawah :
https://akademialif.onpay.my/order/form/22
✳️ PERTANYAAN
Sila hubungi 018 789 2252 atau
WhatsApp > https://wa.me/60187892252
Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya
Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira
#kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #munasakhat #mudah #microsoft #excel
Comments
Post a Comment