BENGKEL MUNASAKHAT GUNA EXCEL 27 NOV 2022

   


Mempelajari kaedah penyelesaian kes kematian berlapis secara mudah dengan menggunakan formula tertentu dalam Microsoft Excel


⛅️ Tarikh : 27 November 2022, Ahad

⏰ Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang

📌 Tempat : Akademi Alif, Petaling Jaya

💎Yuran : RM 123 seorang


✳️ PENGENALAN

Munasakhat ialah kematian ahli waris yang berlapis, iaitu perpindahan bahagian pusaka ahli waris kepada ahli warisnya yang lain kerana harta pusaka tidak sempat dibahagikan kepada ahli waris si mati yang pertama

Contohnya Zaid mati meninggalkan isteri dan dua anak lelaki. Sebelum sempat harta Zaid dibahagikan, isterinya mati meninggalkan dua anak lelaki tadi dan ibunya. Kemudian ibu si isteri pula meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Masalah munasakhat merupakan suatu perkara yang perlu diambil perhatian dengan teliti. Ini memerlukan siasatan ahli waris yang terperinci serta melibatkan pengiraan yang panjang dan rumit.

Kesilapan yang berlaku semasa pengiraan sama ada dalam penentuan ahli waris, bahagian mereka atau pun semasa pengiraan munasakhat dilakukan mengakibatkan pembahagian kepada ahli waris menjadi tidak tepat.


✳️ MASALAH

Antara masalah yang berlaku semasa pengiraan ialah faktor masa. Ya, memang betul, untuk menyelesaikan kes munasakhat perlu mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kematian berlapis yang melibatkan bilangan ahli waris yang sangat ramai. 

Selain daripada itu, cara pengiraan yang biasa juga amat merumitkan. Pengiraan secara manual iaitu ditulis di atas kertas memerlukan saiz kertas yang besar. Kebiasaannya kertas bersaiz A4 akan dicamtumkan satu persatu. 

Jika ada kesalahan atau penambahan yang perlu dilakukan, amat sukar untuk membuat pembetulan atau penambahan tersebut. Mungkin terpaksa menggunakan kertas yang baru.

Oleh itu, dalam merungkai masalah ini, pihak Akademi Alif akan mengadakan satu Bengkel Munasakhat Guna Excel iaitu bengkel menyelesaikan munasakhat secara mudah dan cepat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel.

Dalam bengkel ini peserta akan mempelajari dan mempraktikkan cara mengira masalah munasakhat dengan bantuan formula di dalam Microsoft Excel.


✳️KEISTIMEWAAN BENGKEL INI

Dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel, pengiraan Munasakhat menjadi mudah dan cepat kerana :

🌟 Jadual telah tersedia, cuma perlu masukkan data sahaja.

🌟 Pengiraan secara langsung dengan formula yang tersedia, tidak memerlukan kalkulator.

🌟 Penggunaan formula yang mudah, tidak perlu kira satu persatu.

🌟 Pengiraan yang banyak lapisan dapat dilakukan, tidak memerlukan kertas yang banyak

🌟 Data yang tersalah atau tercicir boleh dibetulkan semula tanpa menjejaskan data yang sedia ada.


✳️ SIAPA PERLU HADIR?

Mereka yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka seperti perunding, peguam dan para asatizah.


✳️ LOKASI BENGKEL 

Akademi Alif

No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor 1,

Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

https://ezy.la/LOKA5I

Landmark : Uptown, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Restoran Hamid Maju


✳️ TENTATIF BENGKEL

08.00 pagi

Pendaftaran peserta


08.15 pagi

Pengenalan Masalah Munasakhat 

Pengenalan Jadual Microsoft Excel


08.30 pagi

Cara manual penyelesaian kes munasakhat

Cara formula penyelesaian kes munasakhat


09.30 pagi

Praktikal Munasakhat 20 lapis Sesi 1


10.30 pagi

Minum pagi


10.45 pagi

Praktikal Munasakhat 20 lapis Sesi 2


12.30 petang

Makan tengah hari | Solat Zohor


02.00 petang

Praktikal Munasakhat 20 lapis Sesi 3


03.45 - 04.00 petang

Penutup | Penyampaian sijil | Sesi bergambar


✳️ DISEDIAKAN

📒 Buku nota 

🍽 Jamuan makan

📜 Sijil penyertaan


✳️ PERHATIAN !

 !  Bengkel ini khas bagi peserta yang mempunyai kemahiran pengiraan faraidh sahaja

 ! Sila bawa laptop/tablet/ipad sendiri


✳️ PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN

Pendaftaran peserta dan pembayaran yuran bengkel (RM 123) boleh dibuat di sini

https://akademialif.onpay.my/order/form/22


✳️ PERTANYAAN 

Sila hubungi 018 789 2252 atau 

WhatsApp > https://wa.me/60187892252


www.akademialif.com

www.fahamfaraidh.com


Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya


Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira


#kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #munasakhat #mudah #microsoft #excel

Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH 19 JUN (BATCH 3)

BENGKEL ONLINE ASAS FAHAM FARAIDH 25 Jun

BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH 27 Mac (Batch 2)