BENGKEL ONLINE ASAS FAHAM FARAIDH 25 Jun

  


πŸ“† 25 Jun 2022, Sabtu

⌚️ 8.00 pagi – 4.30 petang

🌐 Google Meet

πŸ’΅ RM 48 seorang 

πŸ†“ PERCUMA Rakaman, Group WhatsApp, Slaid, E Jadual dan E Poster

πŸ‘₯ Terhad 149 peserta sahaja 

πŸ—£ Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS


✒️ PENGENALAN

Harta seseorang akan menjadi milik ahli warisnya apabila dia meninggal dunia. Syari'at Islam telah menetapkan pembahagian harta si mati kepada ahli warisnya dengan kadar-kadar tertentu dengan penuh keadilan. Ilmu ini dinamai dengan ilmu Faraidh.

Pengetahuan berkaitan ilmu ini masih diperingkat rendah di kalangan masyarakat. Ini dapat diketahui masih banyak salah faham di antara mereka berkenaan pembahagian faraidh. Contohnya, ada pandangan mengatakan hukum faraidh hanya menjadi wajib apabila ahli waris tidak ada kata sepakat.

Selain itu, ada mengatakan bahawa ahli waris tertentu sahaja yang dapat sebahagian besar harta pusaka seperti anak sulong, anak bongsu, anak yang menjaga ibu bapa semasa mereka sakit dan lain-lain lagi.

Untuk mengikis kekeliruan seumpama ini, maka Akademi Alif akan menganjurkan bengkel sehari berkenaan ilmu faraidh. Bengkel ini adalah bagi menerangkan secara asas ilmu faraidh.


✒️ OBJEKTIF BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH

πŸ”Ή Menyebarkan pengetahuan tentang ilmu Faraidh.
πŸ”Ή Memberi kefahaman mengenai pembahagian harta secara adil menurut Syari'at Islam.
πŸ”Ή Memudahkan kefahaman dan mengingati ilmu Faraidh dengan kaedah Fajar
πŸ”Ή Meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran terhadap penting ilmu faraid dalam masyarakat Islam
πŸ”Ή Mempertingkat kemahiran dalam pemahaman dan pengiraan dalam ilmu faraid


✒️ KANDUNGAN MODUL BENGKEL

πŸ”Ή Pengenalan ilmu Faraidh
πŸ”Ή Kepentingan dan keistimewaannya
πŸ”Ή Kepentingan mempelajarinya
πŸ”Ή Harta pusaka
πŸ”Ή Perkara wajib ditunaikan sebelum pembahagian faraidh
πŸ”Ή Sebab-sebab mendapat pusaka
πŸ”Ή Rukun-rukun pusaka
πŸ”Ή Syarat-syarat pusaka
πŸ”Ή Mereka yang ditegah mendapat harta pusaka
πŸ”Ή Ahli waris yang berhak – Kaedah Fajar
πŸ”Ή Latihan Melukis Carta Pokok Keluarga Ahli Waris
πŸ”Ή Penghalangan - Kaedah Fajar
πŸ”Ή Ahli waris Fardhu - Kaedah Fajar
πŸ”Ή Ahli waris ‘Asobah - Kaedah Fajar
πŸ”Ή Latihan Penghalangan dan Pembahagian

❌ Tiada operasi matematik / pengiraan dalam bengkel ini. Jangan risau πŸ˜„


✒️ INFO TENAGA PENGAJAR

Ustaz Hilmi Haniz adalah seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam. Beliau mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh. Beliau juga sering memberi ceramah dalam bengkel Faham Faraidh kepada umum dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.


✒️ DISEDIAKAN

πŸŽ₯ E Nota
πŸ“œ E Sijil Penyertaan


✒️ PERCUMA !

πŸ’Ž Slaid Bengkel
πŸ’Ž Rakaman bengkel 
πŸ’Ž E Jadual 99 Keadaan Ahli Waris
πŸ’Ž E Poster Piramid Pusaka


✒️ GROUP WHATSAPP BENGKEL

Sila ke group WhatsApp di bawah πŸ‘‡

https://chat.whatsapp.com/DLiH7gnmmMpKiTFQORm6Xz



✒️ PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN YURAN

Daftar dan yuran bengkel boleh dijelaskan di sini

https://akademialif.onpay.my/order/form/5


✒️ MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi

018 789 2252 atau WhatsApp https://wa.me/60187892252

Sila kongsikan info ini kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira


#kursus #bengkel #seminar #asas #faraid #faraidh #percuma #mawaris #akademi #alif #hilmi #haniz

Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL ONLINE AHLI WARIS NOV 2023 PERCUMA

BENGKEL MUNASAKHAT GUNA EXCEL JULAI 2023