BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH 2022 (Batch 1)

 


πŸ“† 27 Februari 2022, Ahad

⌚️ 8.00 pagi – 4.30 petang

🏒 Akademi Alif, Petaling Jaya (Bersemuka)

πŸ’΅ RM 77 sahaja 

πŸ†“ PERCUMA Buku Faham Faraidh

πŸ‘₯ Terhad 25 peserta sahaja (SOP)

πŸ—£ Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS


✒️ PENGENALAN

Harta seseorang akan menjadi milik ahli warisnya apabila dia meninggal dunia. Syari'at Islam telah menetapkan pembahagian harta si mati kepada ahli warisnya dengan kadar-kadar tertentu dengan penuh keadilan. Ilmu ini dinamai dengan ilmu Faraidh.

Pengetahuan berkaitan ilmu ini masih diperingkat rendah di kalangan masyarakat. Ini dapat diketahui masih banyak salah faham di antara mereka berkenaan pembahagian faraidh. Contohnya, ada pandangan mengatakan hukum faraidh hanya menjadi wajib apabila ahli waris tidak ada kata sepakat. 

Selain itu, ada mengatakan bahawa ahli waris tertentu sahaja yang dapat sebahagian besar harta pusaka seperti anak sulong, anak bongsu, anak yang menjaga ibu bapa semasa mereka sakit dan lain-lain lagi.

Untuk mengikis kekeliruan seumpama ini, maka Akademi Alif akan menganjurkan bengkel sehari berkenaan ilmu faraidh. Bengkel ini adalah bagi menerangkan secara asas ilmu faraidh.


✒️ OBJEKTIF BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH

<> Menyebarkan pengetahuan tentang ilmu Faraidh.
<> Memberi kefahaman mengenai pembahagian harta secara adil menurut Syari'at Islam.
<> Memudahkan kefahaman dan mengingati ilmu Faraidh dengan kaedah Fajar
<> Meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran terhadap penting ilmu faraid dalam masyarakat Islam
<> Mempertingkat kemahiran dalam pemahaman dan pengiraan dalam ilmu faraid


✒️ KANDUNGAN MODUL BENGKEL

πŸ”Ή Pengenalan ilmu Faraidh
πŸ”Ή Kepentingan dan keistimewaannya
πŸ”Ή Kepentingan mempelajarinya
πŸ”Ή Harta pusaka
πŸ”Ή Perkara wajib ditunaikan sebelum pembahagian faraidh 
πŸ”Ή Sebab-sebab mendapat pusaka
πŸ”Ή Rukun-rukun pusaka
πŸ”Ή Syarat-syarat pusaka
πŸ”Ή Mereka yang ditegah mendapat harta pusaka
πŸ”Ή Ahli waris yang berhak – Kaedah Fajar
πŸ”Ή Latihan Melukis Carta Pokok Keluarga Ahli Waris
πŸ”Ή Penghalangan - Kaedah Fajar
πŸ”Ή Ahli waris Fardhu - Kaedah Fajar
πŸ”Ή Ahli waris ‘Asobah - Kaedah Fajar
πŸ”Ή Latihan Penghalangan dan Pembahagian

❌ Tiada operasi matematik / pengiraan dalam bengkel ini. Jangan risau πŸ˜„


✒️ INFO TENAGA PENGAJAR

Ustaz Hilmi Haniz adalah seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam. Beliau mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh. Beliau juga sering memberi ceramah dalam bengkel Faham Faraidh kepada umum dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.


✒️ DISEDIAKAN 

πŸŽ₯ Nota Fizikal
πŸ“œ Sijil Penyertaan
✅ Jamuan pagi dan tengah hari

✒️ PERCUMA
 
Buku Faham Faraidh yang berharga RM 30 diberikan secara percuma kepada setiap peserta bengkel

✒️ LOKASI BENGKEL

Akademi Alif, Kota Damansara, Petaling Jaya

✒️ PRA-PENDAFTARAN

Sila ke group WhatsApp di bawah πŸ‘‡


✒️ PEMBAYARAN YURAN 

Yuran bengkel boleh dijelaskan di sini



✒️ MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi

018 789 252 atau WhatsApp https://wa.me/60187892252

Sila kongsikan info ini kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya


Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

#kursus #bengkel #seminar #asas #faraid #faraidh #percuma #mawaris #akademi #alif #hilmi #haniz


Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL ONLINE AHLI WARIS NOV 2023 PERCUMA

BENGKEL MUNASAKHAT GUNA EXCEL JULAI 2023

BENGKEL ONLINE MUNASAKHAT GUNA EXCEL 24 DIS 22