BENGKEL KHAS MUNASAKHAT MUDAH





Selesaikan kes Munasakhat dengan mudah dengan menggunakan Microsoft Excel

⛅️ Tarikh : 14 November 2021, Ahad
⏰ Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
πŸ“Œ Tempat : Akademi Alif, Petaling Jaya
πŸ’ŽYuran : RM 97 seorang

✳️ PENGENALAN

Munasakhat ialah kematian ahli waris yang berlapis, iaitu perpindahan bahagian pusaka ahli waris kepada ahli warisnya yang lain kerana harta pusaka tidak sempat dibahagikan.

Contohnya Zaid mati meninggalkan isteri dan dua anak lelaki. Sebelum sempat harta Zaid dibahagikan, isterinya mati meninggalkan dua anak lelaki tadi dan ibunya. Kemudian ibu si isteri pula meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Masalah munasakhat merupakan suatu masalah yang perlu diambil perhatian yang memerlukan siasatan ahli waris yang terperinci serta melibatkan pengiraan yang panjang dan teliti.

Kesilapan yang dilakukan sama ada dalam penentuan ahli waris atau pun semasa pengiraan dilakukan mengakibatakan pembahagian kepada ahli waris menjadi tidak tepat

✳️ MASALAH

Antara masalah yang berlaku semasa pengiraan ialah faktor masa. Ya, memang betul, untuk menyelesaikan kes munasakhat perlu mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kematian berlapis-lapis yang melibatkan ramai ahli waris. Ditambah sukar lagi dengan kaedah pengiraan secara manual secara ditulis di atas kertas.

Oleh itu, dalam merungkai masalah ini, pihak Akademi Alif akan mengadakan satu Bengkel Khas Munasakhat Mudah iaitu bengkel menyelesaikan munasakhat secara mudah dan cepat dengan menggunakan Microsoft Excel.

Dalam bengkel ini peserta akan mempelajari dan mempraktikkan cara mengira masalah munasakhat dengan bantuan formula di dalam Microsoft Excel.

✳️KEISTIMEWAAN BENGKEL INI

Dengan Microsoft Excel, pengiraan menjadi mudah dan cepat kerana :

🌟 Jadual telah tersedia, cuma masukkan data sahaja.
🌟 Pengiraan secara langsung dengan formula yang tersedia, tidak memerlukan kalkulator.
🌟 Penggunaan formula yang mudah, tidak perlu kira satu persatu.
🌟 Pengiraan yang banyak lapisan dapat dilakukan, tidak memerlukan kertas yang banyak
🌟 Data yang tersalah boleh diedit semula tanpa menjejaskkan data yang lain

✳️ SIAPA PERLU HADIR?

Mereka yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka seperti perunding, peguam dan para asatizah.


✳️ LOKASI BENGKEL 

Akademi Alif
No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor 1,
(The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor


Landmark : Uptown, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Restoran Hamid Maju

✳️ TENTATIF BENGKEL

08.00 pagi
Pendaftaran peserta

08.30 pagi
Pengenalan Masalah Munasakhat 
Pengenalan Jadual Microsoft Excel

09.00 pagi
Cara manual penyelesaian kes munasakhat
Cara formula penyelesaian kes munasakhat

09.30 pagi
Praktikal Munaskhat 1

10.30 pagi
Minum pagi

10.45 pagi
Praktikal Munaskhat 2

12.45 petang
Makan tengah hari | Solat Zohor

02.15 petang
Praktikal Munaskhat 3

03.45 - 04.00 petang
Penutup | Penyampaian sijil | Sesi bergambar


✳️ DISEDIAKAN

πŸ“’ Buku nota 
🍽 Jamuan makan
πŸ“œ Sijil penyertaan


✳️ PERHATIAN !

! Bengkel ini khas bagi peserta yang mempunyai kemahiran pengiraan faraidh sahaja

! Sila bawa laptop sendiri


✳️ PRA-PENDAFTARAN

Jika anda berminat untuk sertai bengkel ini, sila masuk group WhatsApp di sini untuk Pra-Pendaftaran >



✳️ PEMBAYARAN

Yuran bengkel ( RM 97 ) boleh dijelaskan di sini



✳️ PERTANYAAN 

Sila hubungi 018 789 2252 atau WhatsApp (klik link)=> https://wa.me/60187892252


Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

#kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #munasakhat #mudah #microsoft #excel

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Ejen Terkini ( 24/07/2021 )

Alhamdulillah, telah terbit

Bengkel Online Pengiraan Faham Faraidh 2020