Alhamdulillah, telah terbit





  1. Judul Buku : Faham Faraidh
  2. Penulis dan penerbit : Hilmi Haniz bin Muhammad
  3. ISBN : 978 - 967 - 17158 - 0 - 2
  4. Kategori : Pembahagian harta pusaka Islam
  5. Tarikh terbit : 9 Ogos 2019


Spesifikasi buku

1. Saiz A5 ( separuh A4 )
2. Kemasan Kulit – UV Laminate
3. Jilidan : Perfect binding
4. Warna : Kulit ( 4 warna ) dan Isi ( hitam )
5. Tebal : 322 muka surat
6. Berat : 0.38 gram

Harga Buku
RM 30

Keistimewaan buku Faham Faraidh

1. Isi kandungan disusun dengan mengikut tertib dan berstruktur.
2. Penjelasan yang ringkas dan menggunakan gaya bahasa yang mudah.
3. Mengandungi maklumat yang lengkap dan padat.
4. Kaedah pengiraan yang praktikal dan mudah difahami.
5. Mengumpulkan banyak maklumat daripada kitab-kitab dan buku-buku berkenaan ilmu Faraidh.
6. Dilengkapi dengan pelbagai contoh, jadual, gambararajah dan kaedah Faraidh.
7. Pengalaman penyusun selama lebih lima tahun dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu Faraidh.


Sinopsis Buku Faham Faraidh

Ilmu Faraidh merupakan salah satu ilmu yang istimewa dan unik, namun masih tidak ramai di kalangan umat Islam yang dapat menguasai ilmu ini. Ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini, samada dari segi tenaga pengajar dan bahan rujukan, masyarakat sukar untuk memahami ilmu ini, tahap penguasaan ilmu matematik yang lemah dan sebagainya.

Maka bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan teknik-teknik pengiraan yang ringkas. Buku ini merupakan buku yang kedua penyusun iaitu buku lanjutan daripada buku asas iaitu Fajar Faraidh.

Buku ini dihasilkan setelah penyusun mengadakan beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh selama beberapa tahun. Terdapat banyak maklumat-maklumat tambahan yang bermanfaat ingin dikongsikan. Selain itu juga penyusun juga telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini. Penyusun juga telah membuat beberapa rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka  dan artikel-artikel berkenaan bidang ini.

Pembahagian buku ini masih dikekalkan seperti di dalam buku Fajar Faraidh iaitu dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu, Pemahaman dan Pengiraan. Dua bidang pengetahuan ini amat penting untuk memahami dan menguasai ilmu Faraidh.  Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahaminya.


Isi kandungan Buku Faham Faraidh

BAHAGIAN PERTAMA : PEMAHAMAN ( الفِقْهُ )
1. PENGENALAN
a. Definisi ilmu Faraidh
b. Peranan ilmu Faraidh
c. Tujuan ilmu Faraidh
d. Sejarah pewarisan harta pusaka
e. Hukum Faraidh
f. Kepentingan mempelajari ilmu Faraidh
g. Sahabat yang mahir ilmu Faraidh
h. Kepentingan dan keistimewaan ilmu Faraidh
i. Sumber hukum Faraidh

2. Rukun-rukun Pusaka

3. Harta Pusaka

4. Perkara wajib ditunaikan terhadap harta pusaka

5. Sebab-sebab Pusaka

6. Syarat-syarat Pusaka

7. Penegahan Pusaka

8. Ahli-ahli waris yang berhak
a. Kategori mengikut jantina
b. Kategori mengikut sebab
c. Peta pokok ahli waris yang berhak
d. Bukan ahli waris yang berhak
e. Ahli waris yang tersembunyi

9. Jenis-jenis Pembahagian Pusaka
a. Pembahagian Secara Fardhu ( الفَرْضُ )
b. Pembahagian Secara ‘Asobah ( العَصَبَةُ )
c. Bahagian waris lelaki lebih banyak daripada perempuan
d. Turutan pembahagian harta pusaka
e. Kesimpulan

10. Penghalangan Pusaka ( الحَجْبُ )
a. Definisi
b. Jenis-jenis Halangan Syakhsi
c. Kaedah-kaedah Halangan Sepenuhnya
d. Kategori Halangan Sepenuhnya
e. Perbezaan Penegahan dan Penghalangan

11. Contoh permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian

12. Dzawul Arham ( ذَوُو الأَرْحَام )
a. Definisi
b. Dalil pewarisan Dzawil Arham
c. Syarat-syarat pewarisan Dzawil Arham
d. Ahli-ahli waris Dzawil Arham
e. Kaedah perwarisan Dzawil Arham
f. Contoh permasalahan dan langkah penyelesaian

BAHAGIAN KEDUA : PENGIRAAN ( الحِسَاب )
1. Pendahuluan
2. Pecahan
a. Istilah-istilah pecahan

3. Langkah-langkah Pengiraan Pusaka
a. Melakar jadual
b. Asal Masalah
c. Ta’sil
d. Menentukan Saham
e. Mencari baki
f. Menyemak jawapan

4. Contoh-contoh Pengiraan Asas
a. Pengiraan ahli Fardhu sahaja

b. Pengiraan ahli 'Asobah sahaja

c. Pengiraan ahli ‘Asobah bersama ahli Fardhu
i. Ahli ‘Asobah mendapat baki
ii. Ahli ‘Asobah tidak mendapat baki
iii. Saudara lelaki pembawa tuah dan pembawa malang
iv. Cicit lelaki dan cucu perempuan

5. Pengiraan-pengiraan Tambahan
a. Tashih ( التَصْحِيحُ )
i. Definisi
ii. Tashih tidak diperlukan
iii. Cara Tashih masalah

b.  ‘Aul ( العَوْل )
i. Definisi
ii. Cara mengatasi masalah ‘Aul
iii. Contoh-contoh Masalah ‘Aul
iv. Peristiwa ‘Aul yang pertama

c. Radd ( الرَدّ )
i. Definisi
ii. Syarat-syarat Radd
iii. Kaedah Radd

6. Pengiraan – pengiraan Lanjutan
a. Munasakhat ( المُنَاسَخَات )
i. Definisi
ii. Syarat kematian
iii. Munasakhat tidak diperlukan
iv. Langkah pengiraan Munasakhat
v. Satu individu dua ahli waris
vi. Contoh Munasakhat 3 lapis kematian

b. Takharuj   ( التَخَارُجُ مِنَ التِرْكَة )
i. Definisi
ii. Peristiwa Takharuj  yang pertama
iii. Syarat – syarat Takharuj
iv. Tujuan Takharuj
v. Keadaan mengundurkan diri

c. Datuk Bersama Saudara ( الجَدُّ مَعَ الِإخْوَة )
i. Definisi
ii. Hukum
iii. Faktor Datuk mewarisi bersama Saudara
iv. Cara pembahagian Datuk Shahih
v. Makna Muqosamah
vi. Pengiraan
vii. Bilangan dihitung walaupun dihalang
viii. Saudara perempuan seibu sebapa bersama saudara lelaki sebapa

d. Pengiraan Dzawil Arham (حِسَابُ ذَوِي الأَرْحَام )

7. Pengecualian daripada kaedah pengiraan biasa
a. Al-Umariyatain ( العُمَرِيَتَيْن )
i. Peristiwa pertama kali berlaku
ii. Dalil
iii. Pengiraan
iv. Gelaran

b. Al-Musytarakah ( المُشْتَرَكَة )
i. Masalah yang berlaku
ii. Cara mengatasi
iii. Kisah Al-Musytarakah yang pertama
iv. Gelaran

c. Al-Akdariah ( الأَكْدَرِيَّة )
i. Masalah yang berlaku
ii. Cara mengatasi
iii. Gelaran

8. Andaian dan penjagaan ( التَّقْدِيرُ وَ الإِحْتِيَاطُ )
a. Janin dalam kandungan
b. Anak zina dan anak li'an
c. Khuntsa
d. Orang yang hilang
e. Kematian serentak


Sumber Rujukan buku Faham Faraidh

1. Al-Quran dan terjemahan
2. Asy-Syeikh Ahmad bin Muhammad, Hasyiyah As-Sowie ‘Ala Tafsir Al-Jalalain
3. Asy-Syeikh Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Tafsir Al-Azhar
4. Asy-Syeikh Imam Muhammad Ismail, Subul As-Salam Syarh Bulugh Al-Maraam
5. Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Terjemahan Kitab Bulugh Al-Maraam
6. Asy-Syeikh Sulaiman bin Muhammad, Al-Bujairimi a’la Al-Khatib
7. Asy-Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, Matla’ Al-Badrain
8. Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Khin, Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Bugho dan Asy-Syeikh Ali Asy-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji (Terjemahan)
9. Asy-Syeikh Al-‘Allamah Al-Baqori, Al-Rahabiyyah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh Bi Syarhi Wa Hasyiah
10. Asy-Syeikh Solih Al-Ja’fari, Al-Jawahir Al-Maknunah Fi Syarhi Al-Maisurah Fi ‘Ilmi Al-Mawarits
11. Asy-Syeikh Solih Ahmad Al-Tsami, Al-Faraidh Fiqhan Wa Hisaban
12. Asy-Syeikh Muhammad Khairi, Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiah Wa Al-Qanun As-Suri
13. Asy-Syeikh Wahid bin Abdul Salam Bali ( Terjemahan oleh Ustaz Mohammad Faiq bin Mohamad Sharin ), Al-Bidayah Fi ‘Ilmi Al-Muwarith Hak dan Milik Harta Warisan
14. Asy-Syeikh ‘Abduh bin Salim Al-Himsi, Al-Faraidh Al-Mubassat ( Terjemahan ) Asy-Syeikh Dr Muhammad Toha, Ahkamu Al-Mawarits
15. Asy-Syeikh 'Abdul Fattah ‘Abdul Ghani Al-Qadi, Syarah Arjuzah Fi 'Ilmi Al-Mirath
16. Asy-Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ad-Dimasyqi Al-Misri, Syarah Ar-Rahabiah Fi 'Ilmi Al-Faraidh
17. Asy-Syeikh Dr. Muhammad Baltaji, Fi Al-Mirats Wa Al-Wasiyah
18. Asy-Syeikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Al-Mawarits Fi Asy-Syariah  Al-Islamiyah Fi Dhau i  Al-Kitab Wa As-Sunnah
19. Asy-Syeikh Mansyawi Uthman, Al-Wajiz Fi Al-Mirats 'ala Al-Madzahib Al-Arba'ah
20. Asy-Syeikh Muhammad bin Soleh, Tashil Al-Faraidh
21. Asy-Syeikh Dr. Rafiq Yunus Al-Misri, ‘Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Madkhal Tahlili
22. Asy-Syeikh Solahuddin ‘Athiyah, Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiyah
23. Al-Fadhil Ustaz H.M. Jabal Alamsyah Nasution, Akuntansi Al-Mawarits
24. Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya, Cahaya Mustika
25. Al-Fadhil Ustaz Dr. Nasri Naiimi, Pengurusan Pusaka Islam Di Malaysia Teori dan Pengiraan


Biodata penulis

Nama penuh Hilmi Haniz bin Muhammad. Berasal dari Negeri Sembilan. Anak sulong daripada 7 orang adik beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Menetap di Seksyen U5 Shah Alam, Selangor.

Didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh).

Seterusnya ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran. Di Mesir juga ustaz berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku pertama  tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh.

Kemudian ustaz menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya.

Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School.

Setelah berhenti mengajar, ustaz menubuhkan Akademi Alif iaitu pusat pendidikan Al Quran, Fardhu Ain dan Faraidh di Kota Damansara.

Pernah mengadakan beberapa Bengkel Faham Faraidh kepada umum di akademi dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Selangor Bar, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.

Di antara pengalaman penulis

1. Kursus Faham Faraidh Masjid Jamek Tangkak, Johor 24 Feb 2016
2. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 17 Apr 2016
3. Seminar Celik Faraidh Hotel Ansar, Kota Bharu 20 Ogos 2016
4. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 16 Okt 2016
5. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 13 Dis 2016
6. Faham Faraidh - Asas Masjid LTSAAS, Subang 31 Dis 2016
7. Seminar Pengurusan Harta Faraidh   Kulim Hi-Tech Park 04 Feb 2017
8. Faham Faraidh - Asas Masjid LTSAAS, Subang 09 Apr 2017
9. Faham Faraidh - Lanjutan Akademi Alif 30 Apr 2017
10. Faham Faraidh - Asas Wasiyyah Shoppe 30 Julai 2017
11. Kenali Faraidh dan Pengurusan H.P. Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh 12 Ogos 2017
12. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 17 Sep 2017
13. Faham Faraidh - Lanjutan Akademi Alif 29 Okt 2017
14. Faham Faraidh - Asas Masjid Kota Damansara 21 Jan 2018
15. Faham Faraidh - Lanjutan Masjid Kota Damansara 28 Jan 2018
16. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 04 Feb 2018
17. Faham Faraidh - Lanjutan Akademi Alif 11 Feb 2018
18. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 01 Apr 2018
19. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 29 Mei 2018
20. Seminar Faraidh Selangor Bar Committee 09 Ogos 2018
21. Celik Faraidh Masjid Puncak Alam 23 Sept 2018
22. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 07 Okt 2018
23. Faham Faraidh - Pertengahan Akademi Alif 14 Okt 2018
24. Faham Faraidh - Lanjutan Akademi Alif 21 Okt 2018
25. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 28 Okt 2018






Comments

  1. Terimakasih kerana diberi peluang belajar ilmu Faraid dengan Ustaz Hilmi dan menjadi agen buku ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sama-sama tuan. Semoga ia bermanfaat

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kursus Faraidh (Asas dan Kira)

Sumber Rujukan buku Faham Faraidh

BENGKEL ONLINE AHLI WARIS NOV 2023 PERCUMA