Biodata Penulis



Nama penuh Hilmi Haniz bin Muhammad. Dr Kasmah dan Tuan Haji Muhammad merupakan bonda dan ayahanda ustaz. Berasal dari Negeri Sembilan. Anak sulong daripada 7 orang adik beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 4 orang anak. Menetap di Seksyen U5 Shah Alam, Selangor.

Didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh).

Seterusnya ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran. Di Mesir juga ustaz berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan al marhum Ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku pertama  tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh.

Kemudian ustaz menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Profesional Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya. Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 

Pada tahun 2014 ustaz menubuhkan Akademi Alif iaitu pusat pendidikan Al Quran, Fardhu Ain dan Faraidh di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Buku kedua iaitu Faham Faraidh telah diterbitkan pada 2019 sebagai pelengkap bagi buku yang pertama. Sehingga kini sebanyak 10 000 lebih naskhah telah berjaya dimiliki oleh para pembeli.

Ustaz pernah mengadakan beberapa mengadakan kursus atau bengkel berkenaan Faraidh kepada umum di akademi dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Selangor Bar, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Majlis Agama Islam Tangkak, Johor dan lain-lain.

Penulis juga aktif berkongsi ilmu Faraidh bmelalui kuliah dan ceramah di surau-surau dan masji-masjid di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutusan.








Comments

Popular posts from this blog

BENGKEL ONLINE AHLI WARIS NOV 2023 PERCUMA

Sumber Rujukan buku Faham Faraidh

BENGKEL ONLINE MUNASAKHAT GUNA EXCEL 24 DIS 22